Setiap kali Piala Dunia berlangsung, bukan sahaja aksi di atas padang sahaja yang menjadi perhatian. Timeline di platform seperti Threads dan TikTok juga tidak pernah sunyi dengan perbualan tentang player watchlist pilihan peminat.
Musim FIFA World Cup 2026 kini sudah melabuhkan tirai dengan Sepanyol dinobatkan sebagai juara. Namun selain keputusan perlawanan dan aksi sengit di padang, satu lagi topik yang sentiasa menjadi perbualan setiap musim ialah siapakah pemain yang paling mencuri perhatian kamera. Jadi, jom imbas kembali sepuluh pemain kacak yang berjaya mencuri tumpuan dunia sepanjang FIFA World Cup 2026 berlangsung.
1. Cho Gue-Sung
Kalau ada anugerah untuk pemain yang berjaya membuatkan orang mula menonton bola sepak hanya kerana rupa parasnya, Cho Gue-sung mungkin sudah memenanginya sejak Piala Dunia 2022 lagi. Berketinggian 188 sentimeter, pemain FC Midtjylland dan penyerang Korea Selatan ini menjadi fenomena global selepas menjaringkan dua gol ketika menentang Ghana di Qatar pada 2022, Cho juga turut menjadi perhatian media antarabangsa kerana populariti luar biasa di media sosial.

2. Kenan Yildiz

3. Keito Nakamura
Keito Nakamura mencuri perhatian apabila menjaringkan gol pertamanya di Piala Dunia, membantu Jepun seri 2–2 menentang Netherlands. Aksi itu terus meletakkan namanya dalam radar peminat bola sepak antarabangsa. Aksinya bersama skuad Jepun meletakkan namanya dalam radar peminat antarabangsa. Kini beraksi bersama Stade de Reims di Ligue 1, pemain sayap ini dilihat sebagai antara bakat Jepun yang mempunyai masa depan cerah di Eropah.

4. Lucas Bergvall
Dilaporkan menjalin hubungan dengan Mackenzie Medlock, yang turut pernah dilihat memberikan sokongan ketika perlawanan penting. Lucas Bergvall mencuri perhatian bukan sahaja kerana bakatnya sebagai pemain tengah Sweden, tetapi juga kerana wajahnya yang sering mendapat perhatian peminat. Dengan gaya santai dan personaliti yang kelihatan bersahaja, pemain Tottenham Hotspur ini menjadi antara wajah baharu yang semakin popular.

5. Maximiliano Araújo
Maximiliano Araújo mungkin bukan nama paling popular sebelum ini, tetapi penampilannya di pentas dunia berjaya membuatkan ramai peminat mula memberi perhatian. Pemain Uruguay ini bukan sahaja mencuri tumpuan menerusi gaya permainan yang bertenaga, malah turut menjadi perhatian kerana wajahnya yang mempunyai aura model off-duty. Beraksi sebagai pemain sayap kiri dan bek kiri bersama Sporting CP, Araújo dikenali dengan gaya permainan yang pantas dan agresif di padang.

6. Leandro Paredes
Berbeza dengan pemain muda dalam senarai ini, Leandro Paredes merupakan salah seorang pemain berpengalaman Argentina yang sudah lama berada di pentas bola sepak dunia. Paredes telah berkahwin dengan usahawan dan model Argentina, Camila Galante dan pasangan ini sebenarnya sudah mengenali antara satu sama lain sejak kecil sebelum mendirikan rumah tangga. Mereka kini dikurniakan tiga cahaya mata dan sering berkongsi momen keluarga menerusi media sosial.

7. Son Heung-min
Jika Piala Dunia mempunyai kategori boyfriend material, Son pasti tersenarai. Kapten Korea Selatan ini antara wajah paling dikenali dalam bola sepak Asia dan popularitinya melangkaui dunia sukan. Bintang yang bermain untuk Tottenham Hotspurini ini sering muncul dalam pelbagai kempen fesyen dan iklan antarabangsa. Dia juga merupakan sahabat karib pelakon popular park seo joon

8. Joško Gvardiol
Sering dikaitkan dengan Lu Mastrović, selain kemampuan bertahan yang hebat, Joško Gvardiol sering mencuri perhatian menerusi wajah tampan dan personaliti yang lebih reserved. Tidak banyak drama, tidak terlalu menonjol di media sosial tetapi aura tenangnya membuatkan ramai peminat semakin tertarik.

9. Arda Güler
Penyerang dari Turkiye yang kini beraksi bersama Real Madrid ini dianggap antara bakat muda paling menjanjikan dalam bola sepak Eropah. Sejak menyertai Real Madrid, Arda Güler semakin diberi peluang untuk berkembang dalam skuad utama, dan turut menjadi antara pemain muda yang dipantau rapat oleh peminat serta pemerhati bola sepak antarabangsa kerana potensinya yang besar di posisi playmaker.

10. Jude Bellingham
Jude Bellingham bukan sahaja salah satu pemain muda paling bernilai dalam dunia bola sepak, tetapi juga antara global heartthrob generasi baharu. Dilaporkan sedang menjalin hubungan dengan model dan influencer Amerika, Ashlyn Castro. Pemain tengah England ini dikenali dengan gaya permainan yang matang dan kemampuan memimpin walaupun masih muda. Jude Bellingham berjaya mencipta fenomena tersendiri dan menjadi antara nama yang paling banyak disebut oleh peminat tahun ini.

Artikel Berkaitan:
