Lagu persembahan Nadeera, Bukan Lagi Kita tahun lalu berjaya meraih tempat kedua di AJL39. Bersama EH!, Nadeera berkongsi 10 persembahan di Anugerah Juara Lagu yang paling disukainya.
PELUKAN ANGKASA, SOG & SHILA AMZAH
“Bagi Nad lagu ini sendiri sudah ada kelainannya yang tersendiri. Siapa sangka gabungan Shila Amzah dengan SOG. Dia beri satu vibes baru dan percubaan ini betul-betul menjadi. Mereka berani untuk berkolaborasi. Gabungan yang out of the box.”
DI PINTU SYURGA, DAYANG NURFAIZAH
“Persembahan Kak Dayang untuk lagu ini adalah satu persembahan yang simple tapi sangat mewah. Vokal dan emosi Kak Dayang sangat dahsyat.”
SUMPAH, AINA ABDUL
“Ini persembahan pertama Aina di AJL, dan bagi Nad ia satu persembahan yang ikonik. Baju putih kemudian dengan efek darah. Nad tahu apa perasaannya bila kali pertama melakukan persembahan di AJL, ada rasa excited dan berdebar.”
CINTA, MARSHA MILAN
“Satu persembahan yang menjadi fenomena selepas persembahan Marsha di AJL. Bagi Nad, Marsha sangat hebat dalam bermain dengan emosi di dalam penyampaian lagu.”
BUNGA-BUNGA CINTA, MISHA OMAR
“Lagu itu sendiri sudah kuat, ia sebuah karya yang malar segar dan mesra di telinga pendengar. Lagu ini ada unsur evergreen, ditambah pula dengan persembahan vokal Misha Omar yang membuat lagu ini ada faktor X.”
KAKA AZRAFF, NOKI & LOCA B, GILA
“Persembahan ini memang ‘gila’. Lagu dan liriknya memang kena dengan situasi pada waktu itu, waktu PKP yang ramai orang depress dan waktu yang uncertain. Look mereka bertiga pun onz”
ERNIE ZAKRI, KU BERSUARA
“Dia menunjukkan kebolehan dan skil vokal yang Ernie miliki, kebolehan nyanyian yang seorang penyanyi patut ada. Tambahan pula dengan iringan koir, persembahan ini memang antara yang Nad suka.”
HANYUT, FAIZAL TAHIR
“Nad masih ingat dipertengahan lagu Faizal Tahir ‘terjun’ ke dalam air. Ia satu persembahan yang kreatif. Faizal tahir memang ada idea-idea Gempak tiap kali dia muncul di AJL.”
DATO’ SRI SITI NURHALIZA, KU MILIKMU
“Persembahan koreografi tap dance yang fun dan menarik.”
BUKAN LAGI KITA, NADEERA
“Nad sendiri suka dengan persembahan Nad malam itu sebabnya kalau ada yang nak tahu, sepanjang kami rehearsal, veil itu tak pernah jatuh dengan sempurna. Ada masa dia ke belakang, ada masa jatuh ke depan, ada masa timing tak tepat. Tapi malam AJL itu semuanya berlangsung baik. Alhamdulillah. Dan Nad bersyukur dengan penerimaan penonton dengan gimik veil itu.”
