Dari siri hangat “Stranger Things” kepada filem ikonik “Clueless”, Netflix membariskan seleksi filem, siri drama, rancangan realiti serta dokumentari baharu yang menghiburkan sepanjang Mei 2022.
Siri hangat penuh misteri “Stranger Things” kembali untuk musim keempat bulan ini. Bukan itu sahaja, Netlfix turut membariskan siri dan filem baharu buat peminat seperti “The Sound of Magic”, “Clark”, “Thar”, “Senior Year” dan banyak lagi. Dari siri hangat “Stranger Things: kepada filem ikonik “Clueless”, Netflix membariskan seleksi filem, siri drama, rancangan realiti serta dokumentari baharu yang menghiburkan sepanjang Mei 2022.
Berikut adalah 10 rancangan baharu yang perlu anda tonton sepanjang April ini:
Stranger Things 4: Volume 1
Tarikh tayangan: 27 Mei 2022
Pelakon: Winona Ryder, David Harbour, Finn Wolfhard, Millie Bobby Brown, Gaten Matarazzo, Caleb McLaughlin, Noah Schnapp, Sadie Sink, Natalia Dyer, Charlie Heaton, Joe Keery, Maya Hawke, dan Priah Ferguson
Sinopsis: Kegelapan kembali mengelubungi Hawkins yang tiba pada waktu percutian musim bunga. Keganasan baharu bermula dan ia sangat mengganggu memori, dalam detik permulaan perang yang lebih mengancam.
Baca lebih lanjut: 7 Destinasi Percutian Airbnb Untuk Meraikan Musim Lebaran