Dalam melabuhkan tirai tahun 2021, laman penstriman gergasi Netflix terus membariskan seleksi filem, siri drama, rancangan realiti serta dokumentari baharu yang pasti menghiburkan anda sepanjang Disember tahun ini.
Dari ‘The Silent Sea’ kepada ‘Don’t Look Up’ Netflix terus membariskan rancangan-rancangan baharu dalam melabuhkan tirai 2021. Bulan ini, laman pesntriman gergasi ini akan mempersembahkan pengakhiran siri ikonik ‘La Casa de Papel’ dengan 5 episod terakhir yang pasti mendebarkan peminat di seluruh dunia. Bintang global, Rain turut membintangi siri realiti baharu berjudul ‘The Hungry and the Hairy’ dalam pengembaraan mengelilingi Korea Selatan dengan menaiki motosikal.
Berikut adalah 10 rancangan baharu yang boleh anda tonton sepanjang Disember ini:
La Casa de Papel: Part 5 Vol 2

Tarikh tayangan: 3 Disember 2021
Pelakon: Álvaro Morte, Itziar Ituño, Pedro Alonso, Miguel Herrán, Jaime Lorente, Esther Acebo, Enrique Arce, Darko Peric, Hovik Keuchkerian, Luka Peros, Belén Cuesta, Rodrigo de la Serna, dan Najwa Nimri.
Sinopsis: Siri ikonik ini bakal berakhir. Dalam episod terakhir daripada Volume 1, Tokyo telah terbunuh dan pihak musuh masih lagi berada di dalam Bank of Spain, tercedera tetapi masih lagi bahaya. Mereka kini menghadapai saat yang paling genting dan mencabar untuk merancang pelan baharu untuk mengeluarkan emas tanpa disedari. Lebih parah, the Professor melakukan kesilapan terbesar dalam hidupnya.

Baca lebih lanjut: “Sebenarnya, Saya Tidak Perlu Menggunakan Anak Panah Yang Sebenar.” – Hailee Steinfeld Kongsi Pengalaman Membintangi Siri “Hawkeye” Terbaharu