Selama bertahun-tahun, industri hiburan Korea Selatan telah kehilangan ramai penghibur berbakat, jelas menunjukkan bahawa beban kesihatan mental pada bintang glamor yang digelar ‘idola’ ini masih menghantui mereka.
Baru-baru ini, seorang lagi bintang K-pop, pelakon Lee Sun Gyun, dilaporkan bahawa polis telah menemui selebriti Korea -bunuh diri- yang tidak sedarkan diri di dalam kereta yang diletakkan di Taman Waryong Seoul. Kematian yang mengejutkan ini menjadi tanda tanya dan diratapi oleh ahli keluarga malah keluarga industri seni yang pernah berjuang bersamanya dalam siri drama dan filem terkenal.
Meskipun tiada ura atau keganjilan tingkah laku yang dilakukan oleh Sun Gyun sebelum beliau bunuh diri, namun ramai orang menyangkal dirinya seorang yang bermasalah dan terikat dengan beban kerja. Sering digambarkan sebagai seorang yang ceria dan rajin menolong orang, aktor ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap peminatnya dan ia menunjukkan bahawa industri hiburan Korea masih belum ‘sembuh’ dan sangat kompetitif menyebabkan ramai bintang bertindak menamatkan kehidupan mereka.
10 Selebriti Korea ini ditemui mati akibat depresi dan bunuh diri:
1. Haesoo
Penyanyi Korea Selatan, Haesoo ditemui mati di kediamannya. Menurut laporan di Naver, polis menemui nota yang disyaki ditulis oleh penyanyi berusia 29 tahun itu sebelum kematiannya.
2. Moon Bin
Penyanyi dan ahli kumpulan lelaki popular Astro, dilaporkan didapati tidak responsif oleh pengurusnya pada petang Rabu di Seoul, Korea Selatan. Label muzik Moon Bin, Fantagio, mengesahkan kematiannya dalam satu kenyataan. Walaupun punca kematian Moon Bin Astro tidak dapat dipastikan, laporan mendakwa dia mati kerana membunuh diri.
3. Song Yoo-jung
Song Yoo-Jung membuatkan peminat terkejut dan kecewa selepas dia meninggal dunia pada 23 Januari 2021. Agensinya, Sublime Artist, tidak mengesahkan punca kematian. Jung baru berusia 26 tahun dan dia terkenal dengan peranannya dalam Golden Rainbow, School 2017, Make Your Wish, iKon’s Goodbye Road MV, Standing Egg’s Friend to Lover, dan NIve’s How Do I.
4. Cha In-ha
Dalam masa beberapa hari selepas kematian Goo Hara akibat bunuh diri, pelakon Cha In-ha ditemui mati di rumahnya di Seoul. Cha, yang nama sebenarnya Lee Jae-ho, membuat debut filemnya pada 2017 dan sebelum ini merupakan ahli kumpulan lelaki lima ahli Surprise U. Punca kematiannya tidak pernah didedahkan dan tiada sebarang laporan mengenainya. Namun berita mengatakan dia dibuli dalam talian.
5. Jeon Tae Soo
Jeon Tae Soo ialah seorang pelakon Korea Selatan dan adik kepada pelakon Korea Selatan Ha Ji Won. Dia mulai terkenal selepas berlakon dalam drama Korea hit 2010, Sungkyunkwan Scandal. Pada tahun 2018, Jeon membunuh diri dan sebelum ini mengambil cuti kerjayanya untuk menerima rawatan kemurungan.
6. Jonghyun
Vokalis utama kumpulan lelaki Korea SHINee, Kim Jong-hyun atau Jonghyun mengambil nyawanya sendiri pada usia 27 tahun pada 2017. Jonghyun meninggalkan nota yang didedahkan kepada umum sehari selepas kematiannya, berbunyi: “Saya sudah ‘sakit’ dari dalam. Kemurungan yang mengahantui saya perlahan-lahan menyelubungi saya sepenuhnya.” Menurut beberapa laporan, apa yang menambah kejutan atas kematiannya ialah bintang itu kelihatan “gembira” pada penampilan awam hanya beberapa hari sebelum kematiannya.
7. Choi Jin-ri AKA Sulli
Sulli yang sebelum ini merupakan ahli f(x), meninggalkan kumpulan gadis itu pada 2015 untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya lakonannya. Bintang yang mempunyai lebih daripada lima juta pengikut di Instagram telah bertindak mengambil nyawanya sendiri pada 2019 selepas mengadu tentang buli siber yang dihadapinya apabila menyertai kempen feminis yang menekankan kepada ‘tanpa bra’.
8. Jeon Mi Seon
Jeon Mi Seon ialah seorang pelakon Korea Selatan yang telah memenangi pelbagai anugerah dalam industri hiburan Korea. Dia terkenal dengan peranannya dalam Hwang Jini, Hide and Seek dan The Return of Hwang Geum-bok. Namun pada Jun 2019, dia ditemui mati – membunuh diri. Siasatan polis mendedahkan bahawa Jeon terjejas secara emosi oleh penyakit ibunya dan kematian salah seorang saudaranya.
9. Goo Hara
Goo Hara, 28, ditemui mati di dalam rumahnya hanya enam minggu selepas Sulli membunuh diri. Dia telah menyiarkan perkataan ‘Selamat tinggal’ di Instagramnya. Sering menampilkan sisi periang dan penghibur berbakat, Goo Hara berasa tertekan kerana pemerhatian awam, “Penghibur awam seperti saya tidak mudah — walaupun kami mempunyai kehidupan peribadi, namun hidup kami diteliti oleh orang lain dan kami mengalami jenis kesakitan yang tidak boleh dibincangkan bersama keluarga dan rakan-rakan.” Sebelum ini, Goo terselamat daripada cubaan membunuh diri selepas diketahui bahawa teman lelakinya telah mengancam untuk membocorkan pita seks mereka.
10. Jang Ja Yeon
Jang Ja Yeon ialah seorang pelakon Korea Selatan yang paling terkenal kerana peranannya dalam drama KBS Boys Over Flowers. Jang mengalami kemurungan dan telah membunuh diri pada tahun 2009, ketika dia baru berusia 29 tahun. Kematiannya dihebohkan secara meluas dengan dakwaan bahawa dia telah dipukul dan diserang secara seksual oleh 31 orang, yang sebahagian daripadanya adalah hiburan semasa kerjayanya. Menurut nota bunuh dirinya, penderaan fizikal dan seksual yang dialaminya akhirnya menyebabkan dia membunuh diri.