Amat sukar sekali bagi masyarakat Korea Selatan untuk mengetahui selebriti Korea mana yang langsung tidak mengambil pembedahan plastik.
Menurut pakar pembedahan plastik Korea Selatan, Danny Kim, boleh dikatakan hampir separuh artis Korea Selatan menjalani pembedahan plastik untuk kekal cantik dan nampak muda. Kebanyakkan mereka tidaklah mengambil pembedahan secara major. Bagi artis wanita, kebanyakkan mereka lebih gemar membuat pembedahan di bahagian mata manakala artis lelaki pula membuat perubahan di bahagian hidung.
Bagaimanapun, hanya segelintir daripada mereka yang diakui 100% kecantikan semulajadi mereka. Ada yang bersumpah tidak pernah menjalani prosedur kosmetik, sementara yang lain telah memberikan bukti x-ray. Walaupun sudah disuap dengan kebenaran, peminat tetap menjalankan ‘tanggungjawab’ mereka iaitu membandingkan foto zaman kanak-kanak dengan foto semasa dan membuat kesimpulan mereka sendiri. Mari semak 10 selebriti Korea wanita tanpa pembedahan plastik aka yang paling cantik semulajadi!