Siapa kata mustahil untuk menjadi seorang yang bekerjaya pada masa yang sama berjiwa kekeluargaan? 10 selebriti terkenal ini buktikan yang mereka mampu mengejar cita-cita dan mempunyai sebuah keluarga yang besar dan bahagia.
Lihat sahaja pada selebriti wanita Hollywood ini yang mana berjaya menyeimbangi kerjaya yang sibuk dan berperanan sebagai seorang ibu dan mungkin isteri kepada suami tercinta.
Sebenarnya, wanita masa kini semakin giat mengejar cita-cita yang diimpikan dan itulah yang disarankan supaya setiap apa yang diidamkan tercapai dengan jayanya. Tidak menjadikan peranan sebagai ibu atau isteri itu sebagai alasan untuk tidak boleh berjaya, bahkan mereka ini jadikan ia sebagai tunggak kejayaan mereka pada hari ini.
Pada masa yang sama, wanita-wanita ini masih boleh tampil anggun menawan biarpun tanggungjawab yang digalas agak berat bagi seorang perempuan.
EH! senaraikan 10 selebriti popular antarabangsa yang kami gelar hot mama!