3. Kim Seonho
Pelakon yang ketika itu sedang melonjak kemasyhuran dengan rancangan Hometown Cha Cha Cha dan Start Up, dituduh oleh bekas teman wanitanya yang mendakwa Kim Seonho telah memaksanya untuk menggugurkan kandungan.
Kenyataan terbabit telah menyebabkan kemarahan orang ramai dan ketidakpuasan sehingga Kim Seonho disingkirkan daripada iklan dan projek. Namun pada Oktober 2021, dia berkongsi kenyataan permohonan maaf dan mengaku telah menyakiti perasaan ramai orang termasuk bekas teman wanitanya. Walau bagaimanapun, tidak lama kemudian, laporan lain muncul mengatakan bekasnya telah berbohong mengenai butiran hubungan mereka dan dakwaan pengguguran itu adalah keputusan bersama.
Agensi tidak mengesahkan atau menafikan laporan tersebut, hanya menjawab “Kami tidak mempunyai apa-apa untuk dikatakan.” Bulan lalu, Seonho kembali aktif di Instagram dengan memohon maaf kepada peminat, selepas berehat selama kira-kira tujuh bulan dan mengucapkan terima kasih kepada mereka atas ucapan selamat ulang tahun.