4. Seungri
Antara skandal selebriti Korea Selatan terbesar ialah skandal Burning Sun.
Siasatan ke atas kelab malam, Burning Sun telah membongkar rangkaian ‘darkside’ iaitu serangan seksual, penggunaan dadah, keganasan, penyalahgunaan kuasa dan banyak lagi. Kes itu meletup sehingga Presiden Korea mengarahkan siasatan terperinci. Penyanyi kumpulan BigBang, Seungri didapati bersalah atas jenayah seksual, perjudian, pengantaraan pelacur, keganasan, penyelewengan dan tuduhan lain. Mahkamah agung Korea Selatan telah memuktamadkan hukuman selama satu tahun dan enam bulan kepada Seungri.