Ramai wanita berjanji untuk hilang keperawanan kepada lelaki yang sepatutnya – sang suami. Malah menjaga keperawanan bukan saja tuntutan buat wanita Asia, ada juga wanita Barat yang mempercayainya. Namun budaya seks sebelum berkahwin bukan amalan biasa di Malaysia kerana sudah semestinya ia dilarang sama sekali di sisi agama.
Anda sendiri mungkin pernah tertanya, siapakah selebriti yang mempertahankan keperawanan mereka sehingga berkahwin. Ataupun bilakah usia selebriti kesayangan anda mula melakukan hubungan seks. Persoalan yang tak pelik tetapi bukan untuk perbincangan umum.
Bagaimanapun, selebriti popular Hollywood yang EH! senaraikan ini, berani mendedahkan pengalaman mereka pertama kali melakukannya. Malah berani mendedahkan identiti individu yang meragut keperawanan mereka, yang juga berstatus selebriti.