Tahun 2026 menyaksikan industri muzik Jepun terus berkembang pesat dengan kemunculan barisan kumpulan J-Pop baharu yang tampil membawa identiti, warna muzik dan konsep tersendiri.
Sepanjang tahun ini, nama-nama baharu tersebut mula mencipta gelombang menerusi lagu debut, persembahan bertenaga serta sokongan peminat yang semakin berkembang. EH! senaraikan 12 kumpulan J-Pop yang membuat debut sepanjang 2026 dan berpotensi menjadi antara nama besar dalam industri muzik Jepun.
AST8
AST8 ialah kumpulan projek lelaki Jepun yang dianggotai enam ahli di bawah naungan gmlabels. Barisan anggotanya terdiri daripada Keiya, Tento, Ryoma, Sorato, Keita dan Haruki, yang dipilih sendiri oleh peminat menerusi sistem undian akhir program uji bakat. Kumpulan ini ditubuhkan secara rasmi pada 25 Februari 2026 dan bakal membuat debut pada 28 Julai 2026 menerusi single SWAY.
KO1KEYZ
KO1KEYZ ialah kumpulan lelaki global yang dianggotai 12 ahli di bawah LAPONE Entertainment. Dibentuk menerusi program survival PRODUCE 101 JAPAN SHINSEKAI, kumpulan ini menampilkan Keito, Siyoung, Shinhaeng, Yoshiki, Daiki, Ryoga, Issa, Yura, Ryuji, Towa, Kosuke dan Yuki. Mereka dijadualkan membuat debut rasmi serentak di Jepun dan Korea Selatan pada 7 Oktober 2026.
PSYCHOdelic
PSYCHOdelic ialah kumpulan idola Jepun yang dianggotai sembilan ahli dan merupakan sebahagian daripada kolektif Circle Lychee di bawah agensi Mercuro. Ahlinya terdiri daripada Amai Emu, Ama, Cyan Sea, Hakanai Qui, Meido Rimu, Narumiya Miri, Nekota Eve, Satsuki Ame dan Tsumiki Hau. Mereka membuat kemunculan pentas pertama pada 1 Mei 2026.
RE-GE
RE-GE ialah kumpulan wanita Jepun yang dianggotai sembilan ahli di bawah STARDUST PROMOTION. Barisan ahlinya ialah Nasu Hohomi, Aoi Mizukawa, Ruri Shiraishi, Anna Tasaki, Riri Takatsuki, Yumi Hiyama, Kokoro Hanai, Jui Nogimoto dan Morise Cocoro. Kumpulan ini ditubuhkan menerusi program uji bakat HAJIMARE Project pada 30 Januari 2026, sebelum membuat debut sehari kemudian dengan single pertama berjudul 0秒前.
Be-ray, yang sebelum ini dikenali sebagai Bi-ray, merupakan kumpulan wanita Jepun dengan empat ahli di bawah AMG dan diterbitkan oleh pemuzik terkenal YOSHIKI. Kumpulan ini dianggotai Emi, Hinata, Cocomi dan Michelle. Mereka membuat debut pada 20 Jun 2025 menerusi single digital pertama Butterfly, sebelum menjalani penjenamaan semula kepada Be-ray pada Jun 2026.
Astrain
Astrain ialah kumpulan idola Jepun yang dianggotai tiga ahli di bawah Project S. Kumpulan ini terdiri daripada Usami Sino, Zinguru BE:lle dan 89. Ditubuhkan pada Januari 2026, mereka melancarkan EP pertama Chapter 1: No EXIT secara digital pada 5 Mac 2026, diikuti debut persembahan secara langsung pada 22 Mac 2026.
DaTuRa
DaTuRa ialah kumpulan idola Jepun yang dianggotai lima ahli dan diterbitkan oleh Shimozono Reika. Ahlinya terdiri daripada Shimozono Reika, Koigasaki Kanon, Yagami Pet, Garan Ao dan Shiraki Ema. Kumpulan ini ditubuhkan pada 4 April 2026 sebelum membuat debut pentas pada 15 Mei 2026.
VIBY
VIBY ialah kumpulan lelaki Jepun dengan lima ahli di bawah Rii.MJ. Kumpulan ini dianggotai IO, RENKI, AKITO, RYOHA dan KOTARO. Mereka memperkenalkan single pra-debut pada 18 Mac 2026 sebelum membuat debut rasmi pada 24 Jun 2026 menerusi single digital pertama Miracle: The First Light.
TAGRIGHT
TAGRIGHT ialah kumpulan lelaki Jepun yang dianggotai tujuh ahli di bawah label bebas mereka sendiri, ALRIGHT. Ahlinya ialah Nishiyama Tomoki, Maeda Daisuke, Kobayashi Daigo, Imai Kairi, Kishinami Shion, Wakumatsu Seima dan Jay. Mereka melancarkan single pra-debut pertama FOREVER BLUE pada 7 Januari 2026, diikuti Hanakotoba pada 18 Mac, serta EP pra-debut SEARCHRIGHT pada 22 April 2026. Debut rasmi mereka dijadualkan berlangsung pada 15 Julai 2026 menerusi single ZERO.
VOKSY DAYS
VOKSY DAYS ialah kumpulan lelaki Jepun dengan lapan ahli di bawah SDR, anak syarikat kepada Stardust Promotion. Ahlinya terdiri daripada Sakuya Matsuzaki, Ibuki Suzuse, Sora Nagano, Aran Hashi, Keitatsu Koshiyama, Hayata Tamura, Ako Shoji dan Yoshifumi Iise. Kumpulan ini ditubuhkan pada 28 Disember 2025 dan membuat debut pada 2 Februari 2026 menerusi single pertama Light It Up.
Lv.♡Charm
Lv.♡Charm ialah kumpulan idola wanita Jepun yang dianggotai sembilan ahli dan dibentuk menerusi rancangan uji bakat Produce♡Quest di bawah Pluster. Ahlinya terdiri daripada Sato Miyuu, Yoshida Choko, Iwase Rana, Yamamoto Miyabi, Otsubo Karen, Furuse Nicoa, Saito Mao, Ueki Mimi dan Inuzuka Aimi. Mereka dijadualkan membuat debut pentas di Shibuya WWW X pada 10 April 2026.
unløck
unløck ialah kumpulan lelaki Jepun yang dianggotai lima ahli di bawah +WHAX. Kumpulan ini dibentuk menerusi program uji bakat Horipro Vocal Scout Caravan dan terdiri daripada VMA, kiichi, Rio Takahashi, Shunta Kurosawaserta Maoya Kobayashi. Mereka membuat debut pada 1 April 2026 menerusi single pertama berjudul Flashlight.
Baca: Cortis dan Zara Larsson Sah Jadi Headliner Formula 1 Singapore Grand Prix 2026











