Formula 1, perlumbaan berkelajuan tinggi turut melahirkan deretan pemandu yang menjadi pujaan ramai kerana karisma, gaya dan penampilan mereka.
Di dalam dan luar litar, mereka mencuri perhatian dengan pakej lengkap, berbakat, bergaya dan cukup HOT. EH! senaraikan 12 pemandu F1 paling hot yang berjaya membuatkan peminat sukan permotoran, dan juga dunia fesyen, terpikat. Siapa yang berjaya menduduki carta?
Oliver Bearman
Antara bintang muda paling menyerlah di Formula 1, Oliver Bearman mencuri perhatian bukan sahaja kerana bakatnya di litar, malah penampilan segak dan personaliti yang menawan.
Selepas debut sensasi bersama Ferrari pada 2024, pelumba Britain itu kini berlumba bersama Haas dan terus menjadi kegemaran peminat dengan aura ‘boy-next-door’ serta gaya yang effortless.
Kimi Antonelli
Kimi Antonelli merupakan antara prospek paling hangat Formula 1. Selain bakat luar biasa yang membawanya ke Mercedes pada usia muda, pelumba Itali ini turut mencuri perhatian dengan wajah tampan, senyuman menawan dan gaya yang bersahaja.
Gabungan karisma serta aura muda menjadikannya antara pemandu F1 paling hot generasi baharu.
Oscah Piastri
Oscar Piastri, seorang yang berjaya membuktikan bahawa ketenangan juga mampu menjadi tarikan. Pelumba McLaren dari Australia ini bukan sahaja menyerlah dengan prestasi cemerlang di litar, malah memiliki wajah kacak, senyuman manis dan gaya yang ringkas tetapi bergaya.
Karisma bersahajanya menjadikan Piastri antara pemandu F1 paling hot dalam kalangan peminat.
Arvid Lindblad
Walaupun masih di peringkat awal karier, Arvid Lindblad sudah pun mencuri perhatian sebagai antara bintang muda paling menjanjikan dalam dunia perlumbaan.
Pelumba Red Bull Junior ini memiliki wajah kacak, gaya yang yakin dan aura segar yang membuatkan namanya semakin mendapat tempat di hati peminat Formula 1.
Charles Leclerc
Siapa saja tidak kenal Charles Leclerc? Dia sememangnya antara pemandu Formula 1 paling kacak dan menjadi kegilaan ramai peminat. Pelumba Ferrari dari Monaco ini bukan sahaja memukau dengan prestasinya di litar, malah turut dikenali dengan wajah tampan, senyuman memikat dan gaya elegan. Tidak hairanlah Leclerc sering dianggap sebagai antara ikon paling hot dalam dunia F1.
Carlos Sainz
Carlos Sainz memiliki pakej lengkap, kacak, berkarisma dan penuh gaya. Pelumba Sepanyol ini sentiasa mencuri perhatian dengan penampilan kemas, senyuman menawan dan personaliti yang matang.
Digabungkan dengan bakatnya di litar, tidak hairanlah Sainz kekal menjadi antara pemandu Formula 1 paling hot pilihan peminat.
Lewis Hamilton
Lewis Hamilton membuktikan bahawa daya tarikan tidak mengenal usia. Juara dunia tujuh kali itu terkenal dengan gaya fesyen yang berani, aura bintang dan karisma luar biasa, menjadikannya antara ikon paling bergaya dalam Formula 1. Di dalam dan luar litar, Hamilton terus memikat perhatian dengan penampilan yang sentiasa menjadi bualan.
Max Verstappen
Max Verstappen memiliki aura ‘bad boy’ yang menjadi tarikan tersendiri dalam dunia Formula 1. Juara dunia dari Belanda ini bukan sahaja dikenali dengan gaya pemanduan yang agresif, malah turut memikat perhatian dengan wajah kacak, personaliti yakin dan karisma yang sukar ditandingi. Tidak hairanlah Verstappen kekal sebagai antara pemandu F1 paling hot di grid.
George Russell
George Russell menyerlah dengan penampilan yang sentiasa kemas dan elegan. Pelumba Mercedes ini memiliki pakej lengkap, wajah tampan, gaya sofistikated dan personaliti yang tenang menjadikannya antara pemandu Formula 1 paling bergaya dan hot dalam kalangan peminat.
Lando Norris
Lando Norris memiliki daya tarikan yang sukar ditolak dengan senyuman manis dan personaliti yang ceria. Bintang McLaren ini bukan sahaja popular kerana bakatnya di litar, malah gaya santai dan aura mesra menjadikannya antara pemandu Formula 1 paling hot dan disukai ramai peminat.
Liam Lawson
Liam Lawson mencuri perhatian dengan kombinasi wajah tampan, gaya kasual dan keyakinan yang tersendiri. Pelumba New Zealand ini semakin menjadi kegemaran peminat bukan sahaja kerana aksi beraninya di litar, malah personalitinya yang santai dan karisma semula jadi menjadikannya antara pemandu Formula 1 paling hot generasi baharu.
Esteban Ocon
Esteban Ocon memiliki pesona yang lebih matang dengan penampilan kemas dan karisma yang tersendiri. Pelumba Perancis ini tampil bergaya sama ada di litar mahupun di acara rasmi, menjadikannya antara pemandu Formula 1 yang sering mencuri perhatian dengan aura elegan dan sofistikated.
Baca: Kenali 7 Pasangan F1 Driver Yang Mencuri Perhatian Dunia












