Beberapa filem yang menjalani penggambaran di luar Korea ketika pandemik juga akan ditayangkan di layar perak tahun ini.
Filem The Point Men yang menampilkan Hwang Jung Min dan Hyun Bin adalah kisah berdasarkan peristiwa sebenar yang berlaku di Afghanistan pada 2007 di mana 23 mubaligh Korea Selatan ditangkap serta dijadikan tebusan. Produksi filem yang sebahagiannya dirakam di Jordan terpaksa ditunda sebelum ini disebabkan pandemik. Ia dijangka menemui penonton selepas Julai 2022.
Filem jenayah Bogota: City of the Lost yang menampilkan Song Joong Ki juga ditangguhkan tayangan akibat pandemik. Filem mengenai rakyat Korea yang berhijrah ke Colombia pada tahun 90-an untuk mencari kehidupan yang lebih baik itu menjalani penggambaran pada Januari 2020. Selepas produksi ditunda, penggambaran berjaya ditamatkan pada Oktober tahun lalu.