Bintang Squid Game, Lee Jung Jae dan pelakon Jung Woo Sung yang baru-baru ini menerbitkan siri Netflix, The Silent Sea akan membuat penampilan sulung sebagai pengarah tahun ini.
Dalam filem aksi pertamanya sebagai sutradara berjudul Hunt yang berlatarkan tahun 80-an ketika rejim autoritarian berada di kemuncak, Lee akan memegang watak sebagai ejen elit Park Pyung Ho yang mengejar seorang perisik Korea Utara sambil membongkar kebenaran mengenai negaranya.
Filem pertama arahan Jung, Guardian pula berkisar tentang kehidupan seorang lelaki yang cuba melindungi anak perempuannya yang diculik oleh pembunuh upahan.