Ratu Elizabeth II melucutkan gelaran Diraja anak keduanya, Putera Andrew bulan lalu rentetan kes serangan seksual yang difailkan oleh seorang wanita, Virginia Giuffre.
Menerusi laporan terbaharu, putera Diraja Britain itu dikatakan akan membayar pampasan sebanyak RM68 juta kepada Virginia setelah mencapai penyelesaian di luar mahkamah. Sebahagiannya akan dibiayai oleh ibunya sendiri.
Disebabkan itu, Putera Andrew kini tidak lagi dikenali sebagai Duli Yang Teramat Mulia atau memiliki sebarang status ketenteraan Diraja dan yayasan amal. Namun dia masih lagi Duke of York, gelaran yang diberikan oleh Ratu Elizabeth II pada hari perkahwinannya dan tetap dikenali sebagai putera United Kingdom.
Putera Andrew bukan satu-satunya kerabat yang kehilangan gelaran kehormat. EH! senaraikan barisan kerabat yang turut menerima nasib serupa.