3. Raja Edward VIII
Bapa saudara Ratu Elizabeth II ini tidak pernah dilucutkan gelaran kehormat namun turun takhta pada 1936 untuk mengahwini seorang janda dari kalangan rakyat biasa, Wallis Simson hanya selepas 326 hari berkhidmat sebagai Raja. Baginda dipaksa turun takhta sebelum pertabalannya disebabkan ketua monarki Britain Gereja England pada ketika itu tidak membenarkan duda atau janda berkahwin sekali lagi jika bekas pasangan mereka masih hidup. Raja Edward VIII diturunkan pangkat ke gelaran Duke of Windsor dan hidup dalam buangan sepanjang hayatnya.