7. Cucu kepada Raja Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia
Pada 2019, Raja Carl XVI Gustaf dan Permaisuri Silvia dari Sweden melucutkan gelaran Duli Yang Teramat Mulia daripada lima orang cucu untuk membolehkan mereka mengurangkan tugas Diraja. Secara rasminya mereka bukan lagi sebahagian daripada Rumah Diraja Sweden namun boleh terus menyandang gelaran putera dan puteri.