Di Hollywood cincin melamar ada plot twist yang tersendiri sehinggakan satu dunia akan ikut berbual. Bila satu rekaan mula viral, ia bukan lagi sekadar perhiasan, tetapi terus berubah menjadi inspirasi global dalam dunia fesyen, hiburan dan juga pilihan bakal pengantin.
Berita pertunangan selebriti mungkin sudah menjadi headline biasa tetapi apa yang betul-betul membuat internet berhenti scroll adalah cincin di jari manis mereka. Dari berlian bersaiz besar hingga rekaan yang minimal, cincin pertunangan selebriti bukan sekadar aksesori di jari tetapi lambang status, cita rasa dan kisah romantis yang tersendiri.
Bagi EH!, senarai ini bukan sekadar koleksi cincin mewah tetapi himpunan momen cinta yang pernah menjadi buah mulut internet. Ini dia lima belas cincin melamar paling ikonik selebriti Hollywood yang pernah mencuri spotlight dunia dan masih lagi menjadi inspirasi sehingga hari ini.
Intai 15 Cincin Melamar Paling Ikonik Selebriti Hollywood Yang Pernah Menjadi Bualan Dunia;
1. Grace Kelly
Tidak lengkap rasanya senarai ini tanpa Grace Kelly. Pada tahun 1956, beliau menerima cincin ikonik daripada Prince Rainier III hasil rekaan Cartier yang menampilkan berlian emerald cut seberat 10.48 karat, diapit dua berlian baguette di sisi. Rekaan ini bukan sekadar simbol lamaran diraja, tetapi juga menjadi inspirasi kepada generasi demi generasi dan masih dianggap antara cincin paling cantik pernah dihasilkan.
2. Elizabeth Taylor
Elizabeth Taylor sememangnya terkenal dengan koleksi barang kemas luar biasanya miliknya, namun berlian Krupp 33.19 karat yang diterimanya daripada Richard Burton kekal paling ikonik. Batu permata jenis Asscher cut itu kemudiannya dikenali sebagai Elizabeth Taylor Diamond dan terus kekal sebagai salah satu berlian selebriti paling terkenal dalam sejarah Hollywood.

3. Hailey Bieber
Jika Grace Kelly mempopularkan emerald cut, Hailey Bieber pula mengangkat kembali populariti cincin oval cut dalam versi yang lebih clean dan effortless. Cincin yang diberikan oleh Justin Bieber pada tahun 2018 itu tampil dengan rekaan solitaire yang minimal tetapi cukup untuk mencipta quiet luxury moment. Selepas pertunagan mereka, permintaan terhadap berlian oval meningkat dengan kerana gaya ini dianggap lebih sleek, flattering di jari, dan mudah dipadankan dengan stack ring.
4. Selena Gomez
Selena Gomez berkongsi cincin pertunangannya daripada Benny Blanco dengan berlian marquise cut sekitar 8 karat yang dianggarkan bernilai antara USD225,000 hingga USD350,000 di Instgaram miliknya. Rekaan memanjang yang elegan ini dipadankan dengan diamond eternity band yang direka khas untuk memeluk batu utama menghasilkan siluet stack yang seamless, moden dan sangat polished.

5. Taylor Swift
Taylor Swift menerima cincin daripada Travis Kelce yang menampilkan berlian 8 hingga 10 karat Old Mine Brilliant cut yang bersifat vintaj dipercayai berasal daripada era 18th century, menjadikannya antara rekaan paling unik. Dihasilkan oleh Kindred Lubeck dari Artifex Fine Jewelry dengan 18k emas kuning melalui talon claws dalam struktur gold basket dan bahagian band pula dihiasi ukiran tangan yang sulit dengan anggaran nilai sekitar USD550,000 hingga USD2 juta.

6. Dua Lipa
Baru sahaja berkahwin dengan pasangannya Callum Turner, cincin milik Dua Lipa menampilkan berlian bulat yang dipasang pada jalur emas tebal menghasilkan gaya yang bold, sculptural dan sangat timeless. Menggabungkan batu utama yang klasik dengan struktur band yang chunky, seakan-akan menjadikan cincin itu sebagai statement piece yang bukan sekadar romantik, tetapi juga fashion-forward.

7. Lady Gaga
Sesuai dengan personalitinya yang unik, Lady Gaga pernah menerima cincin pertunangan daripada Taylor Kinney yang menampilkan berlian berbentuk hati dengan sentuhan halo berlian kecil. Rekaan ini seolah-olah mencerminkan personalitinya yang theatrical, penuh ekspresi dan berani dalam setiap perincian gaya. Tidak hairanlah cincin ini kekal diingati sebagai antara rekaan paling ikonik dekad lalu, sinonim dengan identiti Lady Gaga.
8. Beyoncé
Berlian emerald cut 24 karat milik Beyoncé daripada Jay-Z sering disenaraikan antara cincin selebriti paling mahal dan paling mewah pernah direka oleh pereka barang kemas terkenal, Lorraine Schwartz. Rekaan mewah ini menampilkan batu permata yang besar, dipasang dengan gaya split-shank pavé, menjadikannya antara cincin selebriti paling mahal dan paling dikenali di dunia yang dianggarkan bernilai lebih dari USD5 juta

9. Kim Kardashian
Walaupun sudah berpisah, Kim Kardashian pernah menerima salah satu cincin pertunangan paling ikonik daripada Kanye West, iaitu berlian cushion cut sekitar 15 karat yang direka oleh pereka barang kemas terkenal Lorraine Schwartz, yang turut menghasilkan rekaan untuk Beyoncé. Rekaan ini menampilkan batu utama bersaiz besar dengan jalur pavé halus, menghasilkan ilusi seolah-olah berlian tersebut terapung di jari.

10. Meghan Markle
Direka sendiri oleh Prince Harry, cincin tiga batu milik Meghan Markle menggunakan berlian Botswana yang mengapit dua berlian kecil daripada koleksi peribadi mendiang Puteri Diana. Rekaan tersebut direka oleh Cleave & Company dengan gaya klasik dua tona emas kuning dan platinum yang timeless. Nilai cincin ini bukan sekadar pada reka bentuknya, tetapi pada makna sentimental yang mendalam.

11. Blake Lively
Berlian merah jambu oval cut yang diterima oleh Blake Lively daripada Ryan Reynolds pada tahun 2012 dengan anggaran sekitar 7 karat, dipasang pada band emas rosé mencetuskan fenomena global apabila ia menghidupkan semula minat terhadap berlian berwarna, sekali gus menjadikan trend colored engagement rings kembali popular dalam kalangan bakal pengantin di seluruh dunia.

12. Jennifer Lopez
Antara selebriti yang paling mencuri perhatian apabila bercakap mengenai kisah cincin pertunangan. Daripada semua cincin yang pernah diterimanya, yang paling ikonik adalah berlian hijau semula jadi yang sangat rare dan dianggarkan sekitar 8.5 karat, dengan nilai melebihi USD5 juta. Cincin ini menjadi bualan kerana bukan sahaja unik dari segi warna yang sangat jarang ditemui, tetapi juga kerana ukiran mesej peribadi “not.going.anywhere.” Menariknya, Ben Affleck pernah melamar Jennifer Lopez sebanyak dua kali dengan dua cincin berlian berwarna yang sangat bernilai, dan J.Lo dilaporkan menyimpan kedua-duanya walaupun selepas berpisah.

13. Mariah Carey
Diberikan oleh ahli perniagaan Australia, James Packer pada tahun 2016. Cincin tersebut menampilkan berlian emeraldcut sekitar 35 karat, direka oleh pereka barang kemas terkenal Wilfredo Rosado, dengan anggaran nilai sekitar USD10 juta pada ketika itu. Namun, selepas pertunangan itu berakhir, Mariah Carey dilaporkan menyimpan cincin tersebut sebagai sebahagian daripada penyelesaian perpisahan, menjadikannya antara cincin pertunangan selebriti paling mahal dan paling dibincangkan.

14. Paris Hilton
Paris Hilton menerima cincin pertunangan daripada Carter Reum pada tahun 2021, yang direka oleh Jean Dousset, cicit kepada Louis Cartier. Cincin tersebut menampilkan berlian emerald cut sekitar 15 karat dengan setting platinum yang elegan serta halo halus yang menambah kilauan. Rekaan ini turut diinspirasikan daripada seni bina Paris yang romantik, termasuk elemen klasik yang sering dikaitkan dengan landmark ikonik seperti Grand Palais.

Paling mencuri perhatian dunia pada tahun 2025, pasangan kepada Cristiano Ronaldo mempamerkan cincin berlian oval yang dianggarkan sekitar 35 karat di Instagram miliknya yang menjadi antara cincin paling mewah yang pernah dipakai oleh figura terkenal. Cincin tersebut menampilkan berlian oval cut gergasi, dengan anggaran nilai mencecah sekitar USD3 juta hingga lebih USD5 juta, rekaan ini sering disebut sebagai antara cincin pertunangan paling over the top mencerminkan gaya hidup mewah dan status global pasangan tersebut.

Artikel Berkaitan: 5 Perkahwinan Selebriti Hollywood Paling Singkat Dalam Sejarah
