Oleh: Mujahid Saddam
Gambar: Instagram Nelydia Senrose
Istimewa sempena ulang tahun EH! ke-15, team kami sempat menemubual Qi bagi bertanyakan 15 perkara yang dia suka tentang kekasih hatinya, Nelydia Senrose. Ikuti apa katanya.
1. “Dia seorang yang kelakar.”
2. Sangat berbakat.
3. Sangat fokus.
4. Karakter manjanya.
5. “Ada angin gila (pemarah) dia sikit, tapi tak teruk, which I find cute.”
6. “Dia suka makan sama macam saya. Kami suka pergi food hunting sekali.”
7. “Perangai dia yang kadangkala kebudak-budakan which is cool kerana saya pun ada perangai budak-budak juga.”
8. “Sifatnya yang sangat goal oriented. Jika punya cita-cita dia akan berusaha untuk mencapainya.”
9. Sikap rendah dirinya.
10. “She got a great heart, baik hati sangat. Mudah kasihan pada orang.”
11. “Dia tak berlagak”.
12. Sangat berdisiplin terhadap kerja.
13. “Dia boleh masak sikit-sikit, which is a very good thing. Masakan kari ayam dia sedap.”
14. “Seorang yang laidback. Kalau ajak dia makan kedai mamak boleh, pergi restoran mewah pun boleh.”
15. “Karakter dia yang sangat memahami walaupun umurnya masih muda.”