18 rapper lelaki terbaik dalam K-Pop ini bukan sahaja berbakat dalam lirik dan aliran rap, tetapi juga memimpin industri dengan karisma dan kehadiran panggung mereka yang luar biasa.
Dunia K-Pop terkenal dengan tarian yang memukau, vokal yang memikat, dan visual yang menawan, tetapi salah satu elemen yang paling menarik adalah kemampuan para rappernya. Rapper lelaki dalam K-Pop bukan sahaja menyampaikan lirik yang kuat dan penuh emosi, tetapi juga menjadi wajah kreativiti dan ekspresi dalam setiap lagu dan persembahan.
Dalam artikel ini, EH! menyoroti 18 rapper lelaki terbaik yang bukan sahaja mahir menguasai aliran rap, tetapi juga mendominasi industri dengan keunikan, gaya, dan pengaruh mereka.
G-Dragon (BIGBANG)

G-Dragon memang tak perlu pengenalan panjang. Dia ikon K-Pop yang berjaya ubah cara rap diterima dalam industri. Dari muzik sampai fesyen, semua yang dia buat ada pengaruh besar dan sentiasa jadi trend.
T.O.P (BIGBANG)

T.O.P terkenal dengan suara rap yang dalam dan aura misteri. Gaya rap dia lain daripada yang lain, lebih tenang tapi penuh impak, buatkan setiap part dia mudah diingati.
RM (BTS)

RM dikenali sebagai rapper yang bijak bermain dengan lirik. Rap dia bukan sekadar sedap dengar, tapi penuh maksud dan mesej. Sebagai leader BTS, karisma dan pemikiran matang dia memang menyerlah.
Suga (BTS)
Rap Suga lebih jujur dan emosional. Dia tak takut sentuh topik berat macam tekanan hidup dan kesihatan mental. Sebab tu ramai peminat rasa rap dia dekat dengan realiti.
J-Hope (BTS)

J-Hope bawa vibe positif dalam rap. Flow dia smooth, penuh tenaga, dan bila atas pentas memang susah nak alih perhatian dari dia. Gabungan rap dan tarian buat dia performer lengkap.
Zico

Zico terkenal sebagai rapper yang kreatif dan berani. Lagu-lagu dia selalu catchy, tapi dalam masa sama masih kekalkan identiti hip-hop yang kuat. Sebab tu nama dia sentiasa relevan.
Chanyeol (EXO)

Chanyeol ada gaya rap yang santai tapi kemas. Suara dia sedap, rap tak terlalu agresif, sesuai dengan konsep EXO. Plus, karisma pentas dia memang kuat.
Mingi (ATEEZ)

Mingi dikenali dengan suara rap yang dalam dan powerful. Setiap kali dia masuk rap part, terus rasa aura ATEEZ yang garang dan bersemangat.
HongJoong (ATEEZ)

Sebagai leader, HongJoong ada gaya rap yang penuh karakter. Rap dia energetic, ada identiti sendiri, dan cara dia kawal pentas memang buat orang kagum.
Changbin (Stray Kids)

Changbin memang ‘monster rapper’. Flow laju, rap padu, dan tenaga dia atas pentas memang luar biasa. Dia antara rapper yang paling menonjol dalam generasi sekarang.
Han (Stray Kids)

Han sangat versatile. Dia boleh rap laju, boleh rap emosional, malah vokal pun boleh. Sebab tu ramai anggap dia antara all-rounder terbaik dalam K-Pop.
Jongseob (P1Harmony)

Jongseob mungkin tak sepopular yang lain, tapi bakat dia tak boleh dipandang rendah. Gaya rap dia segar dan penuh potensi untuk pergi lebih jauh.
Taeyong (NCT)

Taeyong ada gaya rap yang unik dan eksperimental. Visual kuat, karisma tinggi, dan setiap kali perform memang nampak ‘main character energy’.
Mark Lee (NCT)

Mark Lee terkenal dengan rap yang clean dan konsisten. Flow dia kemas, sebutan jelas, dan senang serasi dengan apa saja konsep.
Mino (WINNER)

Mino ada style rap yang artistik dan santai. Lirik dia kreatif, ada rasa ‘swag’ tersendiri, dan karier solo dia pun sangat kuat.
Bobby

Bobby iKON ada gaya rap yang agresif dan penuh tenaga. Flow dia kuat, lirik dia berani dan confident, memang jelas aura ikon hip-hop atas pentas.
B.I

B.I iKON ada gaya rap yang ekspresif dan penuh emosi. Lirik dia mendalam dan jujur, banyak bercerita tentang kehidupan, dan bakat dia sebagai penulis lagu memang menonjol.
Martin (CORTIS)

Martin masih muda tapi sangat berbakat. Dia seorang rapper yang bukan sahaja pandai mengalunkan flow, malah juga menulis dan menghasilkan lagu sendiri. Lirik-lirik dia kreatif dan ada personaliti tersendiri, menunjukkan bakat muzik dia yang matang walaupun usianya masih muda.
