Seramai 120 tetamu dijemput untuk memeriahkan majlis perkahwinan pasangan merpati dua sejoli ini termasuk ahli keluarga dan rakan selebriti.
Katrina dan Vicky berkongsi foto pernikahan mereka menerusi satu hantaran di Instagram yang sehingga kini telah menerima hampir 20 juta tanda suka secara keseluruhan.
“Hanya rasa cinta dan kesyukuran dalam hati buat segalanya yang membawa kami ke saat ini. Kami mengharapkan kasih sayang dan restu daripada anda semua untuk memulakan perjalanan baru ini bersama,” tulis mereka.