Pelakon yang dilahirkan di Hong Kong dan dibesarkan di London itu tampil anggun dalam lehenga tradisional rona merah daripada sutera matka yang ditenun menggunakan tangan manakala Vicky pula segak dalam sherwani rona putih gading.
Katrina turut menyarung vel rekaan khas yang memberi penghormatan kepada bangsa Punjabi iaitu asal usul Vicky. Kedua-dua busana mempelai ini merupakan hasil rekaan pereka terkenal, Sabyasachi Mukherjee.
Dalam upacara tersebut, pasangan ini turut bertukar cincin perkahwinan daripada Tiffany & Co. Cincin Tiffany Soleste milik Katrina yang bernilai RM41,000 dikatakan menyerupai cincin mendiang Puteri Diana dengan tatahan batu nilam di tengah dan deretan berlian halus di sekelilingnya. Cincin Tiffany Classic milik Vicky pula dianggarkan bernilai RM7,200.