Majlis yang berlangsung empat hari empat malam ini bukan sahaja menyajikan hidangan bertemakan Punjabi, tetapi juga Barat sebagai penghormatan kepada asal usul Katrina yang berdarah Inggeris dan Kashmir.
Menurut Hindustan Times, para jemputan diberi kod rahsia untuk memasuki lokasi perkahwinan dan tidak dibenarkan membawa telefon bimbit untuk merakam foto mahupun video.
Hak penyiaran rakaman perkahwinan mereka dijual kepada Amazon Prime pada nilai RM48 juta dan akan disiarkan di platform digital syarikat itu pada awal tahun 2022.
Baca: Sophie Turner Dedah Foto Perkahwinan Yang Tidak Pernah Dikongsi Sebelum Ini