Genap 20 tahun pemergian puteri yang disayangi ramai iaitu Puteri Diana pada 31 Ogos 1997, kini buat pertama kalinya Putera William dan Putera Harry bersedia untuk membuka mulut.
Tidak ada satu hari sekali pun Putera William dan Putera Harry melupakan tentang mendiang ibunya, Puteri Diana. Seperti mana yang Harry pernah ungkapkan, “Dia adalah ibu yang terbaik di dunia.”
Sudah 20 tahun Puteri Diana meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Paris. Putera William baru sahaja berusia 15 tahun dan adiknya pula, 12 tahun pada ketika itu.
Tragedi yang meragut nyawa ibunya itu membuatkan Putera William dan Harry menjadi tatapan ramai. Ketika jutaan rakyat menitiskan air mata secara terbuka di jalan raya ketika upacara pemakaman ibunya, kedua adik-beradik itu kekal tidak mengalirkan air mata kerana mereka memberi penghormatan dalam keadaan yang paling terbuka dengan berjalan di belakang keranda ibunya dengan berjalan secara perlahan-lahan di The Mall.
Dunia berduka, sebuah negara sedang berkabung, tetapi putera-putera muda Britain ini adalah lambang kekuatan. Kehilangan besar tersebut telah meninggalkan kesan besar dalam hidup mereka.
Putera William dan Harry telah berkongsi ikatan yang unik dengan ibu mereka; Dia bukan hanya seorang ibu, tetapi juga seorang penjaga serta teman, seseorang yang ingin mengajar mereka kehidupan normal walaupun ada kekecewaan dan keadaan yang mengelilingi mereka.
Memandangkan kenangan mendiang ibunya mula pudar, Putera William dan Harry dilihat cukup tegas dalam mempersiapkan peranan mereka sebagai penjawat awam. Tidak sampai ulang tahun ke-10 kematian ibunya, pada ketika itu Harry berusia 22 tahun, akhirnya mula bersuara.
“William dan saya boleh memisahkan kehidupan menjadi dua bahagian,” jelasnya ketika majlis memperingati Diana.
“Ada tahun-tahun ketika kami diberkati dengan kehadiran fizikal di samping ibu dan ayah, dan kemudian ada 10 tahun sejak kematian ibu yang disayangi. Ketika dia masih hidup, kami benar-benar mengambil ringan akan kasih cinta, tawa, dan keseronokannya yang tidak tertandingi, ” kata Putera Harry.
William dan Harry tegas dalam usaha mereka untuk membuat mendiang ibu mereka berbangga. 10 tahun yang lalu, ketika di upacara memperingati mendiang Puteri Diana, Harry memberikan gambaran tentang harapan kedua beradik itu untuk legasi ibu mereka dan apa yang mereka impikan.
“Dia mencium kami setiap malam hari, Dia sambut kami dengan senyuman pabila pulang dari sekolah. Dia tertawa dengan tidak terkawal apabila berkongsi sesuatu yang bodoh yang mungkin dia katakan atau dia lakukan pada hari itu,” kata Putera Harry.
“Dia menguatkan kami apabila kami gugup atau tidak pasti… Secara ringkas, dia membuat kami dan ramai orang gembira. Semoga dengan cara ini dia akan sentiasa dikenang,”tambah putera Britain itu lagi.