Shut up! 2026 = tahun Anne Hathaway?
Pelakon pemenang Oscar, Anne Hathaway sendiri seakan memberi ‘hint’ apabila menulis sesuatu yang cukup playful di bio Instagramnya, seolah-olah tahu bahawa 2026 bakal menjadi tahun miliknya.
Sediakan bertih jagung dan jom tonton 5 filem besar yang bakal didominasi oleh Anne Hathaway sepanjang 2026.
#MotherMary APRIL 17 2026
Mother Mary adalah drama psikoseksual tentang seorang bintang pop terkenal (dilakonkan oleh Anne Hathaway) yang sedang merancang comeback tour. Sebagai persiapan untuk kembali ke pentas, dia terpaksa bertemu semula dengan sahabat dan bekas pereka kostumnya. Perjumpaan ini membuka semula luka lama, konflik peribadi dan tekanan industri muzik yang menuntut segala-galanya daripadanya.
#TheDevilWearsPrada2 MAY 1 2026
Dalam The Devil Wears Prada 2, kita kembali ke dunia Runway Magazine hampir 20 tahun selepas filem pertama. Andy Sachs (Hathaway) kini sudah lama berjaya dalam kerjayanya, tetapi media cetak sedang berdepan kemerosotan. Konflik timbul apabila Miranda Priestly cuba menavigasi krisis industri ini, sambil Andy dan karakter lain kembali bertemu dalam landskap baru yang penuh persaingan.
#TheOdysseyMovie JULY 17 2026
The Odyssey adalah adaptasi epik dari kisah klasik Yunani. Filem ini mengikuti Odysseus, Raja Ithaca, dalam perjalanan pulang selepas perang Trojan. Sepanjang pengembaraan itu, dia berdepan pelbagai makhluk mitos dan cabaran berbahaya termasuk Cyclops, siren dan penyihir sambil berusaha untuk bersatu semula dengan isterinya, Penelope.
#EndOfOakStreet AUG 14 2026
The End of Oak Street adalah filem sains fiksyen survival yang mengisahkan sebuah keluarga yang tiba‑tiba mengalami fenomena luar biasa. Selepas kejadian misteri mengeluarkan mereka dari persekitaran luar biasa, mereka mendapati diri mereka tersepit di tempat yang tidak dikenali. Untuk terus hidup, mereka harus bersatu dan bekerjasama melalui bahaya baru yang tak terduga.
#VerityMovie OCT 2 2026
Verity adalah adaptasi dari novel thriller terkenal. Cerita mengikuti seorang penulis yang sedang mencari kerja dan diupah untuk menyelesaikan siri buku oleh suami seorang penulis terkenal yang kini tidak dapat bekerja akibat kemalangan. Ketika dia meneliti manuskrip yang ditinggalkan, dia menemui rahsia gelap tentang Verity yang menggugat kewarasan dan realitinya sendiri.
