EH! menghubungi Pinography, jurugambar rasmi pra-perkahwinan merpati sejoli, Syed Saddiq dan Bella Astillah di London- berkongsi kisah dan momen menarik sepanjang penggambaran.
Esok, 10 Oktober menjadi tarikh bersejarah buat pasangan sejoli Syed Saddiq dan Bella Astillah, bila mana kedua-duanya dijadualkan akan diijab kabul. Dan beberapa hari sebelum menjelangnya hari bersejarah ini, Bella dan Syed Saddiq mula memuat naik foto pra perkahwinan mereka yang dirakamkan pada Ogos lalu. Di sini EH! kongsikan 20 keping gambar berserta temubual eksklusif bersama Pinography.
Ada sebarang permintaan dari Bella mahupun Syed Saddiq tentang mood atau konsep penggambaran ini?
Kita tidak ada moodboard, semuanya kita rakamkan secara kandid dan santai. Bahkan, saya tidak meletakkan sebarang pose tertentu kerana saya mahu perasaan dan rasa hati itu terlihat sendiri menerusi momen yang dirakamkan.
Kelemahan Syed Saddiq adalah untuk beraksi di depan kamera, jadi kandid atau foto yang dirakam secara bersahaja lebih natural hasilnya. Bagi saya, apa yang penting ada jiwa, hati dan perasaan diekspresikan di dalam gambar- Pinography.
Mengapa London menjadi pilihan?
Bulan April lalu saya bercuti ke London dan saya sukakan suasana dan bangunan-bangunan di sana. Bila kita berjalan seorang kita memang dapat rasa keseronokan suasana di sana. Saya video call Syed Saddiq dan cadangkan dia ambil gambar pre-wedding di sini, dan waktu itu dia hanya menjawab “Insya-Allah. Jika umur panjang dan ada rezeki”. Kemudian barulah saya call Bella.
Kebetulan pada bulan Ogos, Bella ada tugasan di London, makeup artist (Aiman), hairstylist (May) dan stylist (Bry) pun ada sekali, why not. Jadi saya pun ikut terbang ke sana.
Apa perkara menarik sepanjang penggambaran?
Kita shoot pada awal pagi sebab kita nak suasana yang tenang dan tidak sibuk. Jam empat pagi kita dah mula mekap dan buat rambut. Penggambaran bermula sekitar jam lima pagi. Dan kita habis sebelum jam lapan pagi.
Selepas habis shoot, Syed Saddiq terus sambung running sekitar London.
Sewaktu penggambaran kita memang tak ada props, sebab kita nak santai-santai sahaja. Tapi pada hari itu, Bella bawa bunga. Rupanya bunga itu adalah pemberian Syed Saddiq sehari sebelum penggambaran. Jadi Bella bawa waktu shoot.
Dan di bangunan parlimen, ada ramai rakyat Malaysia bergambar dengan Bella dan Syed Saddiq, tapi kita minta jangan post dulu, tunggu Bella kahwin, dan mereka memang memahami.




















