Penata gaya atau pereka kostum untuk filem ini ialah Marlene Stewart, dia punya pengalaman menata gaya penyanyi tersohor termasuklah Madonna, Cher dan Janet Jackson. Dialah insan hebat yang menata gaya video muzik ikonik Madonna termasuk ‘Vogue’ dan ‘Material Girl’. Pengalamannya bekerja bersama bintang pop yang hebat menari memudahkannya untuk menyuai padan helaian yang sepadan untuk adegan filem ini yang banyak menari.