Kesemua adegan yang menyaksikan Violet menyanyi pada asalnya memang menggunakan suara Piper sendiri, namun pada saat akhir ditukar dengan suara LeAnn Rimes. Pada saat diberitahu tentang pertukaran ini Piper hanya bersetuju kerana pada waktu itu dia masih baru di arena lakonan. Apa sahaja yang bagus untuk filem tersebut, dia ikutkan sahaja. Hanya beberapa tahun selepas itu dia meluahkan kekecewannya tentang pertukaran itu.