Lagu ‘Can’t Fight The Moonlight’ dicipta selepas penggambaran filem ini tamat. Diane Warren yang menulis lagu pop tersebut singgah ke pejabat penerbit filem ini, Jerry Bruckheimer dan dia memainkan demo lagu tersebut dan mereka terus jatuh cinta. Mereka mengambil keputusan untuk merakam semula adegan kedua terakhir filem tersebut yang menyaksikan LeAnn Rimes muncul menyanyikan lagu yang berjaya menduduki 10 tangga teratas di carta lagu serata dunia itu.