Lebih sedekad berumah tangga, kehidupan Mizz Nina dan Noh Salleh kini diserikan dengan kehadiran cahaya mata lelaki.
Khabar gembira itu dikongsi Mizz Nina menerusi satu hantaran menyentuh hati di Instagram malam tadi.
Menurutnya, bayi yang diberi nama Musa itu merupakan anak angkat dan sudah tiga bulan menjadi sebahagian daripada kehidupan mereka.
“2+1=3. Noh, Nina dan Musa. Alhamdulillah, sudah tiga bulan kehadiran Musa dan kami amat bersyukur kepada Allah atas rahmat indah serta doa yang dimakbulkan-Nya. Saya boleh mengatakan dengan yakin bahawa dia kini adalah mahram saya,” tulisnya.