Pengasas bersama DOPS TV itu juga berkongsi perkara yang membuka hatinya untuk membawa masuk insan baharu dalam keluarga kecil mereka.
“Masih ingat lagi, saya mengambil masa lebih setahun untuk membuka hati dan mempersiapkan diri dengan usaha ini. Noh yang memberi cadangan untuk kami mengambil anak angkat (sudah tentu dalam Islam nama bayi perlu dibin dengan Abdullah, bukannya nama bapa angkat) dan memandangkan dia bersetuju, saya berasa ingin tahu.
“Aktiviti kemanusiaan kami turut mempengaruhi keputusan saya. Ramai bayi dan kanak-kanak di luar sana yang bergelar yatim atau yatim piatu, tidak memiliki tempat tinggal yang boleh mereka gelar rumah dan ahli keluarga yang menyayangi mereka,” jelasnya.