Akui Mizz Nina, membuka hatinya untuk fasa kehidupan baharu bukan sesuatu yang mudah dan dia sentiasa berdoa supaya Allah melapangkan serta membuka ruang dalam hatinya, juga agar dia meletakkan rasa percaya terhadap Allah dan perancangan-Nya.
“Alhamdulillah dengan Musa, hati, jiwa, minda dan tubuh saya bersedia menerimanya. Dia merupakan anugerah dan ciptaan Allah yag indah, kami amat berbesar hati kerana dapat menjaga amanah ini.
“Menjadi ibu bapa adalah satu perjalanan roller coaster yang hebat dan kami menikmatinya setiap saat.”
Tahniah diucapkan buat Mizz Nina dan Noh!
Baca: Tahniah! Kaka Azraff & Ernie Zakri Timang Bayi 22.2.22