Kami ajukan 23 soalan pantas yang penuh santai kepada #EHsociates Qasrina yang juga merupakan salah seorang content creator yang menghiasi muka depan EH! Jun 2026.
Instagram Reels atau TikTok?
Saya tak boleh pilih satu.
Kopi atau matcha?
Sukar untuk membuat pilihan.
Simpan dalam draft atau muat naik segera?
Draft dulu… and overthink later. 😂
Content viral atau meaningful content?
Both! Sebabnya, siapa tahu kedua-duanya akan blow up.
Satu perkataan yang mendefinisi content kamu?
Autentik.
Creator kesukaan kamu ketika ini?
Sofea Shra.
Emoji yang kerap digunakan?
😭😭
Morning person atau night owl?
Night owl.
Nama satu item fesyen you can’t live without?
Kemeja putih oversized.
Obsess fesyen terbesar saat ini?
Apa-apa yang tular ketika ini.
Formula suai padan “lazy but still slay”?
Baju Putih, bersama Seluar tau denim, dan shoulder bag yang cute.
Siapakah selebriti yang punya closet paling cool?
Selena Gomez.
Satu warna yang kerap kamu pakai?
Hitam dan putih.
Mana satu jadi pilihan, baggy atau fitted?
Bergantung dengan keadaan.
Apa yang selalu ada dalam beg anda?
Qasmetics, cermin dan minyak wangi.
Vibe haruman kamu?
Yummy vanilla scent!
Lagu pilihan waktu getting ready?
‘Anything’ oleh Chris Brown.
Introvert atau extrovert?
A little bit of both.
Apa yang mudah membuatkan kamu gembira?
Makanan yang sedap dan masa berkualiti bersama orang yang saya sayang.
Love language kamu?
Makan bersama.
Jika hidup kamu adalah sebuah lagu, apakah lagunya?
“Good Days” – SZA. I think it’s a reminder to slow down, appreciate the present, and protect my peace.
Berapa banyak selfie sebelum kamu posting?
Terlalu banyak 😂
Apa yang lebih stres; view rendah atau bad lighting?
Bad lighting. No debate!
