Nama Bidadari semakin meniti di bibir peminat fesyen, menyerlah sebagai wajah segar dalam dunia peragaan. Dalam sesi Rapid Questions bersama EH!, kami dedahkan obsesi, memori fesyen dan sisi peribadi model generasi baharu ini.
1- Obsesi semasa?
Diri sendiri. Bagus untuk keyakinan diri.
2- Lagu yang sesuai dengan mood di set?
Get Back oleh Britney Spears.
3- Sesuatu yang dulu anda benci tentang diri sendiri tetapi kini suka?
Dahi luas saya.
4- Perkara yang anda lakukan untuk mengisi masa ketika menunggu di set penggambaran atau di belakang pentas?
Being a busybody.
5- Kempen atau jenama impian?
Nazifi Nasri.
6- Tumit tinggi atau kasut sukan?
Kasut tumit tinggi.
7- Runway atau editorial?
Editorial.
8- Call time: early bird atau tiba paling lewat?
Early bird.
9- Runway atau backstage?
Backstage.
10- TikTok atau Instagram?
TikTok.
11- Bagaimana anda meraikan kejayaan kecil?
Makan sedap. Saya suka Sukiya!
12- Apa yang ada di moodboard anda sekarang?
Duit bertimbun-timbun.
13- Pereka impian untuk anda peragakan?
Always, Uzair Shoid.
14- Memori fesyen pertama anda?
Set pyjama teddy bear yang saya akan pakai setiap hari, sehingga ibu saya terpaksa membeli lagi dua set ekstra, kalau tidak memang saya tidak mahu mandi.
15- Baru atau barangan terpakai (thrifting)?
Kedua-duanya. Saya suka mix and match.
16- Satu benda yang sentiasa ada dalam beg?
Kamera digital.
17- Lagu yang memberi keyakinan diri?
Reminder oleh The Weeknd.
18- Era fesyen kegemaran?
60-an, 70-an, 90-an dan awal 2000-an.
19- Satu perkataan yang menggambarkan tenaga anda?
Unlimited.
20- Rancangan yang ditonton berulang kali?
Gilmore Girls.
21- Model yang Kaarthini jadikan inspirasi semasa membesar?
Bella Hadid, Christy Turlington dan Kiko Mizuhara.
22- Ikon gaya?
Kiko Mizuhara.
23- Risiko fesyen paling berani yang pernah diambil?
Memakai gaun hampir jarang.
24- Apa yang anda pakai bila tiada sesiapa melihat?
Souvenir shirts yang ayah saya beli tipa kali dia ke luar negara.
25- Tiga perkataan untuk menggambarkan diri anda?
Bubbly, energetik, sensitif.
Artikel Berkaitan: “Media Sosial Buat Saya Sedar Bahawa Saya Tidak Harus Menjadi Orang Lain” – Bidadari