Dan seperti yang telah dijangka, dua lagi ahli Running Man menerima nasib yang sama. Ji Suk Jin disahkan positif pada 11 Februari dan hanya mengalami gejala ringan seperti sakit kepala buat masa ini. Sehari kemudian, agensi HaHa pula mengumumkan mengenai tahap kesihatan bintang itu menerusi satu kenyataan rasmi.
“HaHa disahkan positif Covid-19 pada 12 Februari. Dia menjalankan ujian menggunakan kit kendiri pada 9 Februari namun negatif. Selepas berasa tidak sihat dan mengalami beberapa gejala termasuk batuk ringan, dia membatalkan segala jadual kerja dan menjalani kuarantin.”
Dia melakukan ujian kendiri sekali lagi pada 11 Februari dan disahkan positif sebelum mengesahkan keputusan itu dengan ujian PCR.
Baca: Covid-19: Selepas Suga, RM & Jin BTS Pula Disahkan Positif