Kris Humphries Melamar Kim Kardashian Dengan Cincin Berlian 16-Karat
Pasangan ini melangsungkan perkahwinan pada 2011 sebelum memutuskan untuk bercerai selepas 72 hari. Namun sebelum berkahwin, Kris melamar cinta hatinya itu dengan sebentuk berlian Lorraine Schwartz 16-karat potongan empat segi.
Menurut US Weekly, Kim memecah tradisi dengan membayar sendiri untuk harga berlian tersebut. Selepas bercerai, Kris menjualnya dalam satu sesi bidaan pada harga RM3.1 juta walaupun harga pasaran sebenar adalah RM8.3 juta.