Ye Melamar Kim Kardashian Dengan Berlian 20-Karat Yang Kemudiannya Dicuri Pada 2016
Pelantun lagu Stronger ini melamar Kim pada Oktober 2013, tiga bulan selepas pasangan itu menyambut kelahiran cahaya mata sulung, North West.
Cincin 15-karat potongan kusyen itu direka khas oleh Lorraine Schwartz dan turut dihiasi dengan taburan berlian micro-pave di sekelilingnya.
Ye kemudian menggantikannya dengan berlian lebih mewah iaitu 20-karat bernilai RM18.7 juta.
Malangnya pada 2016, Kim dirompak sewaktu berada di Paris dan ia dicuri bersama sepasang anting-anting Lorraine Schwartz, dua bentuk gelang Cartier dan seutas jam tangan Rolex emas.