Travis Barker Menghadiahkan Kourtney Kardashian Sebentuk Cincin Bernilai Lebih RM4 juta
Pemain dram kumpulan Blink-182 ini memilih berlian potongan oval untuk melamar teman wanitanya, Kourtney minggu lalu. Cincin tersebut bertatahkan berlian 12-karat dan dianggarkan bernilai lebih RM4 juta.
Kourtney dan Travis mula menjalin cinta pada Disember 2020 dan mengesahkan hubungan mereka kepada peminat menerusi satu hantaran di Instagram pada Februari 2021.
Kourtney tidak pernah berkahwin walaupun memiliki tiga cahaya mata hasil perkongsian hidupnya dengan Scott Disick.
Foto: Jeff Kravitz/Instagram
Baca: Makna Ukiran Istimewa Pada Cincin Pertunangan Britney Spears