‘Mine’, ‘Mad for Each Other’, ‘Move to Heaven’ dan ‘Racket Boys’ antara siri K-drama baharu yang boleh anda tonton sepanjang Mei ini di Netflix. Sudah pasti, it’s going to be a very good month!
Selepas tamatnya siri hangat, ‘Vincenzo’ minggu lalu, pasti ramai peminat K-drama dalam misi untuk mencari siri drama Korea baharu untuk ditonton. Laman penstriman gergasi, Netflix akan membariskan empat siri baharu yang pasti menjadi kegilaan dalam mengisi masa peminat K-drama, lebih-lebih ketika PKP 3.0 serta menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Sama ada kisah romantik, melodramatik ataupun menyayat hati, berikut adalah 4 siri K-drama baharu yang boleh anda saksikan sepanjang Mei ini:
1. Mine
Siri K-drama ini fokus kepada watak dua wanita berkuasa yang merupakan menantu kepada keluarga konglomerat yang kaya-raya. Mahu bebas daripada ekspektasi dan kekangan yang diletakkan oleh masyarakat, mereka memulakan langkah untuk mendapatkan apa yang sepatutnya menjadi milik mereka. ‘Mine’ menampilkan dua pelakon wanita hebat Korea Selatan iaitu Lee Bo-young dan Kim Seo-hyung. Pelakon layar oleh Baek Mi-kyoung daripada ‘Strong Girl Bong-soon’ dan ‘The Lady in Dignity’, dan arahan oleh Lee Na-jeong yang popular melalui ‘Love Alarm S1’ dan ‘Fight for My Way’ adalah kuasa kreatif di balik siri ini. Pastikan ada menyaksikan siri penuh drama dan glamour ini bermula 8 Mei 2021.
Baca lebih lanjut: Pandelela Rinong Menang Pingat Emas Pertama Malaysia Di Piala Dunia Terjun