Jurang gaji berdasarkan jantina bukan hanya wujud di Hollywood tetapi juga Bollywood.
Selama bertahun-tahun, barisan selebriti wanita Bollywood popular dilihat lantang bersuara menentang perbezaan gaji yang wujud di negara itu.
Tidak keterlaluan mengatakan bahawa industri perfileman India kini berada di tahap lebih baik di mana pelakon dibayar berdasarkan bakat, bukannya jantina.
Buktinya, lima aktres ini menerima bayaran lebih tinggi daripada pelakon gandingan lelaki dalam filem lakonan mereka.