Penelope Cruz
Pelakon Sepanyol yang pernah berlakon di samping Johnny dalam tiga filem termasuk Pirates Of The Caribbean: On Stranger Tides ini menfailkan keterangan berasingan mengenai tingkah laku Johnny.
Menurut Penelope, dia bertemu Johnny buat kali pertama ketika berusia 19 tahun dan menganggapnya sebagai rakan baik. Akuinya ketika dia membintangi Pirates Of The Caribbean dalam keadaan hamil, bapa kepada dua cahaya mata itu melayannya dengan sangat baik, lemah lembut dan sentiasa melindunginya sepanjang penggambaran.
“Saya pernah melihat Johnny dalam pelbagai situasi dan dia sentiasa melayan orang sekeliling dengan baik. Dia merupakan antara individu paling pemurah yang pernah saya kenali.”