Jin (BTS) – Bawang Putih & Kentang
Jika anda peminat BTS, pastinya anda mengetahui betapa hebatnya kemahiran memasak penyanyi ini. Bakatnya pernah ditonjolkan dalam pelbagai program televisyen termasuk rancangan realiti Run BTS.
Namun awal tahun ini, Jin mendedahkan dia alah terhadap bawang putih dan kentang setelah mengalami gatal-gatal di seluruh badan. Jelasnya, dia terpaksa meninggalkan hobi memasak disebabkan isu ini.