Jihyo (Twice) – Nanas
Ada kalanya bintang K-Pop digelar ‘buah’ untuk menggambarkan kecomelan dan keceriaan, namun siapa sangka ramai antara mereka yang mempunyai alergi terhadap buah-buahan. Amber f(x) alah terhadap mangga, Penial BTOB alah terhadap tembikai, SinB Gfriend alah terhadap anggur, dan kini Jihyo pula dikatakan alah terhadap nanas.
Menurut Koreaboo, Jihyo pernah mendedahkan kepada peminat bahawa tekaknya terasa gatal selepas menikmati nanas.