4. Park Hae Jin
Seorang lagi pelakon yang terkenal dengan sifat dermawan. Menurut portal Soompi, jumlah sumbangannya yang dianggarkan berjumlah RM6 juta ditujukan buat projek-projek yang memberi bantuan kepada kanak-kanak miskin yang menghidap penyakit kronik dan mangsa bencana. Hae Jin turut bergelar ahli bomba kehormat di ibu pejabat Central 119 Rescue di daerah Gyeonggi setelah mengumpulkan dana untuk organisasi tersebut.