2.Diet K-Pop yang maut
Ramai pelatih telah menyatakan bahawa mereka perlu jalani diet yang ketat dan keterlaluan untuk tampil menawan. Chaeyeon, seorang penyanyi, penari dan penulis lagu Korea Selatan pernah mendedahkan bahawa dia perlu memeriksa berat badannya setiap hari menggunakan kaedah seperti mengukur pehanya dengan pita pengukur. Dia menyatakan bahawa terdapat garis panduan am untuk miliki berat badan ideal.
Selain itu, Momo Twice juga telah mendedahkan bahawa dia kehilangan 7kg dalam masa satu minggu. Dia diberitahu oleh syarikatnya bahawa dia mesti kehilangan 7 kg untuk naik ke atas pentas debut. Momo mengaku bahawa dia tidak makan apa-apa selain seketul ais dalam tempoh seminggu dan pergi ke gim.