Cari dokumentari yang worth watching? We got you! Ini 5 pilihan Netflix yang wajib masuk watchlist anda September ini.
Sejak kebelakangan ini, dokumentari semakin mendapat tempat dalam kalangan penonton. Bukan sahaja sarat dengan kisah benar yang menarik, malah banyak dokumentari hadir dengan jalan cerita yang cukup menghiburkan, membuka mata dan buat kita susah nak berhenti menonton. Kalau anda antara yang gemar layan dokumentari, ini 5 Dokumentari Netflix yang Worth Watching Bulan September untuk dimasukkan dalam watchlist!
Death of the Pastor’s Wife
Kisah Mica Miller kembali menjadi perhatian menerusi dokumentari tiga bahagian ini yang menyelusuri kehidupannya, perkahwinan yang semakin toksik serta kematian misteri yang menggemparkan. Di sebalik imej kehidupan beragama, Mica didakwa berdepan kawalan dan tekanan dalam rumah tangganya sebelum keluarganya mula mencari jawapan tentang apa yang sebenarnya berlaku.
Conversations with a Killer: The Charles Manson Tapes
Peminat true crime, ini mungkin satu yang tak boleh dilepaskan! Dokumentari ini membawa penonton menyelami kisah Charles Manson dan kumpulannya menerusi rakaman panggilan telefon dari penjara yang sebelum ini tidak pernah didedahkan, selain rakaman arkib serta kisah daripada mereka yang pernah mengenalinya.
A Child of My Own
Bermula dengan impian untuk bergelar ibu, Alejandra mengambil keputusan drastik apabila dia mereka-reka kisah kehamilan selepas melalui beberapa keguguran. Namun, pembohongan yang pada awalnya cuba disembunyikan itu akhirnya berkembang menjadi satu kes jenayah dan skandal media yang mengejutkan seluruh negara.
Chompoo: Lost & Forgotten
Kehilangan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di sebuah perkampungan terpencil di Thailand mencetuskan pencarian besar-besaran yang mendapat perhatian seluruh negara. Namun, apabila seorang suspek mula menjadi selebriti dan perhatian media semakin meluas, dokumentari ini mengajak penonton melihat semula satu persoalan penting — bagaimana tragedi seorang kanak-kanak boleh bertukar menjadi sebuah fenomena media?
Freefall: A Reckoning for Boeing
Apa yang berlaku di sebalik beberapa insiden penerbangan Boeing yang mencetuskan persoalan tentang keselamatan? Freefall: A Reckoning for Boeing menelusuri dakwaan bekas pekerja dan pemberi maklumat mengenai budaya pengurangan kos serta usaha menutup masalah dalam syarikat yang didakwa menyumbang kepada kegagalan keselamatan penerbangan.
