Mencapai kata putus untuk bercerai secara baik, Syamsul Yusof akhirnya bersetuju untuk lafaz cerai terhadap isteri pertamanya, pelakon, Puteri Sarah Liyana, 38, pada 18 April nanti di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.
Kian namanya meniti di bibir dunia hiburan tatkala kes rumah tangga yang masih dibicarakan, Puteri Sarah Liyana turut menarik perhatian warga Malaysia akan kualiti lakonan dan keberkesanan wataknya dalam drama, Andai Itu Takdirnya. Jalan penceritaan seperti realiti kehidupannya, Puteri Sarah Liyana melambangkan kekuatan seorang wanita dan ibu yang berjuang untuk mendapat keadilan.