Kini, selepas hampir 10 tahun bersama, Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez rasmi bergelar suami isteri pada 11 Ogos 2026.
Majlis perkahwinan mereka berlangsung secara intim di Cascais, Portugal dan hanya dikelilingi keluarga serta insan terdekat. Menariknya, tarikh perkahwinan itu juga jatuh tepat setahun selepas mereka mengumumkan pertunangan.
Ini 5 fakta menarik tentang hubungan Cristiano Ronaldo dan Georgina Rodriguez:
1. Cinta berputik di butik Gucci
Kisah cinta mereka bermula pada 2016 ketika Georgina bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah butik Gucci di Madrid, Sepanyol. Ketika itu, Ronaldo yang masih bermain untuk Real Madrid dikatakan bertemu Georgina di butik tersebut. Pertemuan secara kebetulan itu akhirnya berkembang menjadi hubungan serius.

2. Lima cahaya mata
Cristiano Ronaldo kini bergelar bapa kepada lima orang anak iaitu Cristiano Jr., kembar Eva Maria dan Mateo, Alana Martina serta Bella Esmeralda. Ronaldo dan Georgina juga pernah melalui detik sukar apabila kehilangan anak lelaki mereka, Ángel, yang merupakan kembar Bella, ketika kelahiran pada 2022.

3. Bertunang pada 11 Ogos 2025
Selepas bertahun-tahun bersama, Ronaldo akhirnya melamar Georgina pada 2025. Menariknya, Georgina mengumumkan pertunangan mereka pada 11 Ogos 2025 menerusi Instagram dengan memperlihatkan cincin berlian yang sangat besar.
:max_bytes(150000):strip_icc():focal(999x0:1001x2)/Georgina-Rodriguez-090125-2-5a1a1cc20a5548cf842557c4e86b9e15.jpg)
4. Cincin pertunangannya dianggarkan bernilai jutaan dolar!
Cincin pertunangan Georgina sememangnya mencuri perhatian ramai. Cincin tersebut dianggarkan mempunyai berlian sekitar 37 karat, dengan nilai yang dilaporkan boleh mencecah AS$5 juta (sekitar RM21 juta).
Walaupun angka sebenar tidak disahkan secara rasmi, saiz dan reka bentuk cincin tersebut menjadikannya antara cincin pertunangan selebriti yang paling mendapat perhatian.

5. Mereka akhirnya berkahwin selepas hampir 10 tahun bersama
Selepas hampir sedekad membina kehidupan bersama, Ronaldo dan Georgina akhirnya sah bergelar suami isteri pada 11 Ogos 2026.
Pasangan itu memilih majlis sivil yang lebih tertutup di Cascais, Portugal, bersama anak-anak mereka. Berbanding majlis mewah yang mungkin dijangka daripada pasangan selebriti terkenal dunia, mereka memilih untuk meraikan hari istimewa itu secara lebih peribadi.
Baca: Senarai Pemain Bola Sepak Paling Banyak ‘Followed’ Di Dunia
