Nama Ghanim Al Muftah mulai menjadi nama carian popular di media sosial tatkala dia berkongsi pentas dengan pelakon legenda, Morgan Freeman pada Majlis Pembukaan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.
Walaupun dirinya tidak sempurna seperti orang lain, namun impiannya tidak semua orang boleh miliki apabila Ghanim Al Muftah terpilih menjadi ikon belia global pada Majlis Pembukaan Piala Dunia FIFA. Dalam tempoh enam bulan lalu, nama anak muda Qatar ini telah muncul sebagai salah satu nama yang memberi inspirasi dan berpengaruh di Qatar malah seluruh dunia, walaupun hakikatnya dia dilahirkan dengan separuh badan.