Digelar ‘Budak Ajaib Qatar’
Al-Muftah dilahirkan pada 5 Mei 2002, di ibu negara Qatar, Doha. Beliau menghidap penyakit yang dipanggil sindrom ‘Caudal Regression Syndrome (CRS)’, iaitu genetik yang sangat jarang berlaku dimana dia dilahirkan tanpa bahagian bawah badannya- tidak terbentuk sepenuhnya sebelum lahir. Penyakit tersebut menyerang satu daripada 100,000 kanak-kanak dan dijangka mampu bertahan selama 15 tahun untuk hidup oleh doktornya.
Namun, beliau memecahkan prasangka ramalan tersebut, kini berumur 20 tahun, Ghanim Al Muftah aktif melakukan aktiviti sukan berat mahupun ringan seperti orang lain.